Wednesday, June 24, 2009

Takaful Ehsan

Cabang Muamalat Islam yang saling menjamin, menjaga dan
memelihara sesama peserta berasaskan kepada konsep Tabarru’.

EHSAN Ia merupakan peninggalan untuk mereka yang tersayang jika ditakdirkan musibah menimpa anda kerana anda diberikan perlindungan kewangan maksima.
Sumbangan rendah untuk perlindungan kewangan yang tinggi.
Tempoh penyertaan yang fleksibel.

Manfaat Utama

• Perlindungan kewangan untuk mereka yang tersayang.
• Sekiranya berlaku keilatan kekal dan menyeluruh, jumlah perlindungan akan dibayar dalam 5 pembayaran;
# 10% daripada jumlah perlindungan apabila sahnya keilatan,
# 10% pada akhir tahun pertama hingga tahun ketiga dan bakinya pada akhir
tahun keempat dari tarikh keilatan.

Manfaat Matang

• Pulangan lebihan dari tabung Akaun Khas Peserta.

Manfaat Perlindungan Komprehensif

Pakej perlindungan berikut boleh dimasukkan sebagai manfaat perlindungan komprehensif dengan sumbangan tambahan.
• Rider Penyakit Kritikal
• Rider Manfaat Hospital
• Rider Pampasan Kemalangan
• Rider Manfaat Kematian Akibat Kemalangan

Kelayakan Penyertaan

Had Umur: 18 tahun hingga 55 tahun (pada tarikh lahir akan datang)
Tempoh Penyertaan: 5 hingga dan 30 tahun
Had Umur Matang: 65 tahun

Sumbangan Minimum: RM360.00 setahun

Lat Sumbangan :
• Tahunan
• Setengah Tahunan
• Suku Tahunan
• Bulanan

Perlindungan minimum: RM10,000

Pembahagian Lebihan

Pembahagian lebihan adalah sebanyak 80% kepada peserta dan 20% kepada Etiqa Takaful Berhad.

Pengecualian Cukai Pendapatan

Kontrak ini layak menerima pelepasan cukai pendapatan, tertakluk kepada keputusan muktamad Lembaga Hasil Dalam Negeri.

*Penting

Fakta penyata ini merupakan keterangan ringkas. Untuk mendapatkan butir-butir lengkap mengenai syarat dan peraturan, sila rujuk kepada kontrak anda.

No comments:

Post a Comment