Friday, May 22, 2009

ETiQa Takaful WARISAN

ETiQa Takaful WARISAN

Untuk pelan Etiqa Warisan pula, ia berbentuk pelan jika anda bersara wajib kelak ketika umur anda selepas 55 tahun . Pelan ini agak menyerupai KWSP @ EPF. Dalam polisi pelan ini peserta sebagi peserta hanya membayar sumbangan sehingga umur anda mencecah 55 tahun sahaja. Akan tetapi perlindungan ini tadi akan berterusan sehingga umur 88 tahun.

Namun bagi peserta yang yang berumur lewat 50-an, anda perlu membayar sumbangan untuk pelan ini tambahan 5 tahun ke atas. Mungkin sehingga umur 60, 65 tahun.

Yang menariknya bagi saya sebagai orang ejen. Ramai tertarik dengan pelan ini kerana dalam polisi pelan ini, ramai peserta menjadikan ia sebagai dana pencen dengan mengambilnya 10% setiap tahun. Ada juga menjadikan pelan ini sebagai dana pendidikan, perniagaan ataupun untuk menunaikan Umrah dan Haji.

Untuk penyertaan mana – mana pelan eTiQa Takaful Berhad, boleh dikurangkan dalam pembayaran CUKAI PENDAPATAN(LHDN).

Justeru itu akaun simpanan anda boleh dikeluarkan selepas 3 tahun. Pengeluaran dibenarkan 50% pada tahun ketiga dan 80% pada tahun ke empat, boleh mengeluarkan dari jumlah simpanan pada setiap tahun TANPA dikenakan sebarang caj seperti mana insurans konvensional.

Tetapi peserta dinasihatkan supaya terus menyimpan supaya simpanan dihari persaraan makin tinggi. Sekiranya peserta mahu menamatkan polisi ataupun surrender, semua akaun simpanan akan dipulangkan kepada peserta.

No comments:

Post a Comment