Thursday, May 21, 2009

Pengenalan Etiqa Takaful Maybank

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

Beringat sebelum kena, sediakan payung sebelum hujan, Inilah peribahasa yang mengambarkan kita perlu bersedia apa jua masalah yang mendatang tanpa menyusahkan diri dan orang lain. Selaras dengan tuntutan Islam dalam persediaan menghadapi sebarang musibah, eTiQa Takaful Berhad menawarkan skim simpanan berperlindungan Islam yang mana operasi kendaliannya dipantau oleh Majlis Pengawasan Syariah serta keuntungan perniagaannya dibahagikan secara Mudharabah dan juga perlaksanaan pembayaran zakat di dalam perniagaan.

Manfaat Simpanan berperlindungan yang ditawarkan oleh eTiQa Takaful Berhad terdiri daripada tabungan pendidikan anak-anak dan simpanan berperlindungan individu yang merangkumi beberapa manfaat seperti dibawah :

1. Manfaat kematian biasa dan kemalangan

2. Manfaat Hospital

3. Manfaat Bertempoh

4. Manfaat Penyakit Kritikal

5. Simpanan dan keuntungan Mudharabah.

6. Pelaburan & Simpanan

7. Perlindungan & Persaraan

8. Kad Medikal

Terdapat 4 pelan yang popular ditawarkan oleh Maybank Takaful Etiqa iaitu :

1. Pelan eTiQa Takaful MESRA

2. Pelan eTiQa Takaful SARJANA

3. Pelan eTiQa Takaful PRIMA

4. Pelan eTiQa Takaful WARISAN

Terbaru yang ditawarkan oleh Insurans Etiqa ialah MEDICAL CARD yang menyediakan pelan perlindungan jika anda dimasukkan hospital. Yang menariknya disini ialah anda mempunyai manfaat dari segi pembayaran bil hospital, ubat ubatan dan juga pembedahan dimana-mana hospital SWASTA yang berdekatan.

No comments:

Post a Comment